Folio Sejarah:- Yang di-Pertuan Agong
Pengenalan
Malaysia (Tulisan
Jawi: مليسيا) secara
rasminya Pesekutuan Malaysia merupakan sesebuah negara raja
berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 13 belas dan
3 wilayah persekutuan, serta terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut
China Selatan. Majoriti penduduk di Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu,
Cina dan India mempengaruhi kawasan ini diduduki oleh kira-kira 28 juta orang.
Pada zaman pasca pascakemerdekaan ini, terbentuknya Kerajaan Kedah Tua
(abad Kelima) di Sungai Mas dan Sungai Bujang serta Kerajaan Gangga Nagara
(abad Keenam) di Pantai Barat bahagian tengah Tanah Melayu. Seterusnya, juga
wujudnya Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau, Kesultanan Perak,Kesultanan
Pahang, Kesultanan Terengganu, Kesultanan Selangor, Kesultanan Kedah,Kesultanan
Kelantan, Kesultanan Negeri Sembilan dan Kesultanan Perlis yang sedikit demi
sedikit diambil alih oleh pihak British. British mampu melibatkan diri secara
langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu melalui strategi yang
beraneka. Sebagai tamsilan, kaedah manipulasi dalam perebutan takhta di Perak,
muslihat tipu helah bagi mendapatkan Pulau Pinang sementelahan Pakatan British
untuk mendapatkan Melaka.
Disebabkan peristiwa itu, sistem kerajaan di Malaysia banyak berasaskan
sistem parlimen Westminster yang diwarisi daripada zaman penjajahan British.
Malaysia menjelma sebagai negara beraja elektif berperlembagaan persekutuan
yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong,
ketua negara persekutuan. Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong dipilih dari
kalangan sembilan Raja Melayu untuk sepenggal lime tahun; tanpa penyertaan
empat negeri lain (Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah) yang hanya dipimpin
oleh Yang di-Pertua Negeri.
Yang
di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi
Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong adalah
salah satu daripada beberapa bentuk monarki di dunia dengan raja yang dipilih.
Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar daripada kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya
abad ke-7, di mana pada masa itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di
Srivijaya.
Jawatan ini adalah digilirkan setiap lima tahun antara sembilan
Pemerintahan Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong,
seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.
Yang di-Pertuan Agong yang baharu mesti dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut
kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-
peraturan Majlis Raja-raja. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Yang
di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah
dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan
itu.
·
Peranan
Yang di-Pertuan Agung:
1. Melantik
seorang Pergana Menteri
2.
Menangguhkan pembubaran parlimen
3. Meminta
supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja.
· Senarai Yang di-Pertuan Agong:
NO. |
Nama |
1. |
Tuanku Abdul Rahmanibni
al-Marhum Tuanku Muhamad |
2. |
Sultan Hisamuddin Alam Shah
ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah |
3. |
Tuanku Syed Putra ibni
al-Marhum Syed Hassan Jamalullail |
4. |
Sultan Ismial Nasiruddin Shah
ibni Almarhum Sultan Haji Zainal Abidin lll Mu’azzam Shah |
5. |
Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah ibni Almarhum Sultan Badishah |
6. |
Sultan Yahya Petra ibni
al-Marhum Sultan Ibrahim |
7. |
Sultan Haji Ahmah Shah
Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam
Shah |
8. |
Sultan Iskandar ibni Almarhum
Sultan Ismail |
9. |
Sultan Azlan Muhibbudin Shah
ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah |
10. |
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum
Tuanku Abdul Rahman |
11. |
Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah ibni Almarhum Sultan Hisammudin Alam Shah |
12. |
Tuanku Syed Sirajuddin ibni
Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail |
13. |
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni
Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
14. |
Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah ibni Almarhum Sultan Badishah |
15. |
Sultan Muhammad V |
16. |
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah |
Ilustrasi gambar Istana Negara, kediaman
rasmi Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong Ke-16
Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan haji Ahmad
Shah Al-Musta’in Billah diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30
Julai 1959 di Pekan, Pahang, Malaysia. Al-Sultan Abdullah menaiki takhta
sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari 2019, kemudian dilantik sebagai Yang
di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 oleh Majis Raja-raja pada 24 Januari 2019.
Baginda melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada satu
istiadat peniuh gilang-gemilang di Istana Negara, Jalan Duta pada 31 Januari
2019. Baginda sebelum ini menyandang jawatan Tengku Mahkota Pahang hampir 44
tahun. Pada 2016, baginda telah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang
setelah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang.
·
Isteri
: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah
Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
·
Keputeraan : 5 Ogos 1960
· Anakanda putera dan puteri :
NO. |
Nama |
1. |
Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah |
2. |
Tengku Puteri Iman Afzan |
3. |
Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. |
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah |
5. |
Tengku Puteri Ilyana |
6. |
Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin
Shah |
7. |
Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah |
8. |
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah |
9. |
Tengku Puteri Jihan Azizah
‘Athiyatullah |
Comments
Post a Comment